Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pelajaran. Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, PPK memperoleh bangunannya sendiri yang terletak di sebuah bangunan kayu di Damansara. Pada tahun 1977, PPK berpindah ke lokasi baru iaitu di Persiaran Duta off Jalan Duta, Kuala Lumpur sehinggalah 31 Disember 2004. Mulai 1hb. Januari 2005, PPK beroperasi di bangunan barunya iaitu di Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. |
|
PPK- Damansara,
Kuala Lumpur
1973-1976 |
|
PPK-Persiaran Duta,
Kuala Lumpur
1977-1997 |
|
PPK-Persiaran Duta,
Kuala Lumpur
1997-2004 |
|